Monday, March 15, 2010

Pemergian...sebelum berangkat

gambar 3 : bakal haji...


Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, saya ingin cerita sambungan tentang kisah saya. Mungkin dalam hati ini seronok tetapi tidak dapat saya gambarkan kerana ternanti-nanti untuk berangkat ke Madinah Al-Munawwarah. Sebelum bertolak daripada rumah, ramai jiran tetangga yang melawat kami sekeluarga. Begitu sedih ketika itu. Saya masih teringat wajah-wajah setiap orang yang hadir pada hari itu, 2 November 2009.

Menunggu di Tabung Haji, Kelana Jaya adalah satu perkara yang agak perit. Kenapa saya kata perit? Kerana saya menjadi tidak senang duduk ditambah pula apabila melihat ramai orang yang boleh dianggap pakcik-pakcik dan datuk atau nenek. Mungkin ini pertama kali saya akan bersama dengan warga emas. Cabaran untuk saya sedang menanti...


sambungan...

Sunday, January 31, 2010

Persiapan...

gambar 2: isi beg saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Sepanjang persiapan saya untuk melaksanakan Haji 1430H adalah sederhana. Persiapan pertama saya adalah mengikuti kursus Haji di sebuah masjid bertempat di Kuala Kubu Bharu. Kursus ini dilaksanakan setiap hari sabtu jam 8pagi dan setiap kali saya ingin pergi ke kursus, saya akan menunggang motosikal seawal pagi dari Tanjong Malim.

Sepanjang saya mengikuti kursus, sememangnya tumpuan saya pada penceramah yang sedang mengajar kepada peserta tentang cara-cara melaksanakan haji akan tetapi saya hanya mampu bertahan selama 1 jam pertama sahaja dan selebihnya...hehehe... Kebanyakkan saya masih tidak dapat tangkap keadaan di Madinah dan Mekah kerana agak kabur pada mulanya. Selama 1 semester saya mengikuti kursus Haji.

Persiapan barang?.. semuanya telah diuruskan oleh ayahanda dan ibunda saya. Apa yang saya sediakan ialah memasukkan barang ke dalam beg sahaja dan mengikat beg-beg kami dengan tali supaya padat dan kukuh. Persiapan barang, Alhamdulillah dapat dilaksanakan akan tetapi persiapan pengenalan diri seperti passport dan kad pengenalan ada sedikit masalah.

Di pejabat pendaftaran, semasa saya ingin memohon passport, salah seorang petugas telah menegur saya,

"...passport awak ini dah rosak,kena buat yang baru..."kata petugas.

Saya menjadi tidak ketahuan kerana untuk membuat passport baru memakan masa 2 minggu sedangkan saya akan berangkat lagi 2 hari (panggilan jemaah menunggu).

"...cik,yang nak guna hanya cip dia kan?..." tanya saya.

"...ye tetapi keadaan kad pengenalan awak dah rosak ni.." balas petugas.

"...cuba cik guna dulu,mana tahu boleh sebab cip dia masih elok..kot.. "tanya saya.

"...baiklah,kalau boleh,nasib kamu baiklah tapi kalau tak boleh..." balas petugas.

Petugas tersebut telah cuba memasukkan cip kad pengenalan saya dalam mesin dan akhirnya cip dapat dibaca dan pengenalan diri saya terpapar di skrin beliau. Dengan wajah tersenyum petugas itu berkata,

"...nasib awak baik sebab boleh guna lagi tetapi selepas ini baik awak buat baru kad pengenalan awak ini..."

"....hehehe...berkat nak pergi haji kot...terima kasih cik. Nanti saya perbaharui kad saya..." balas saya.

bersambung...