Thursday, December 31, 2009

Tinta memulakan coretan kisah....

Gambar 1: Selepas menunaikan solat Asar terakhir.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bermulanya di sini, akan terungkailah segala cerita saya sepanjang 44hari ketiadaan saya semestinya di tanah air. Saya akan menceritakan bermula hari pertama sehingga hari terakhir sepanjang saya menyahut seruan Ilahi. Diharap, segala paparan dan cerita yang akan saya sampaian akan menjadi kenangan, semangat, pengalaman dan pengajaran bersama dan inilah sahaja yang dapat saya kongsikan untuk rakan-rakan di seluruh Malaysia khususnya rakan-rakan di UPSI. Saya berharap agar segalanya di dalam blog ini hanyalah sekadar sebuah coretan yang dapat memberikan inspirasi kepada semua sahabat. Segala kisah ini adalah benar-benar berlaku dan kisah pengalaman sebenar saya dan tiada bermaksud untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri tetapi kerana Allah s.w.t semata-mata dan tidak mahu menyinggung sesiapa............................................bersambung